detik12.com -Sejarah- Ramai yang kenal bajak laut terkenal dalam filem Hollywood Pirate Of the Caribbean, tapi anda mesti tak pernah dengar nama Sayyida Al Hurra. Ratu bajak laut yang hebat dan juga penguasa samudera Mediterrinean.
Kehebatan baja laut wanita ini sangat lah sedikit diceritakan dalam lipatan sejarah, namun masih ada yang sudi menceritakan bagaimana kehebatan bajak laut yang ditakuti oleh musuh ketika itu.
Dilahirkan sekitar 1485 di Granada, Sepanyol, nama penuh Sayyida adalah Lalla Aicha. Merupakan seorang ratu yang memerintah daerah Tetouan, Morocco.
Beliau melarikan diri ke Morocco selepas kejatuhan empayar Islam di Sepanyol, pada usia 16 tahun, beliau berkahwin dengan seorang gubernur yang mengabdi disana.
Beliau mewarisi pemerintahan di Tetouan selepas kematian suaminya, masih terkenang didalam mindanya kekejaman tentera yang memaksa beliau melarikan diri.
Dendam kesumat menyebabkan ia mengumpulkan pasukan bajak laut dan ia bekerjasama dengan bajak laut terkenal, iaitu Barbarossa.
Bersama-sama barbarossa, beliau memulakan peperangan diantara sepanyol dan portugis ketika itu, menengelamkan sebilangan besar kapal angkatan sepanyol dan portugis.
Anak kapal ditawan dan harta harta didalam kapal turut dijarah, malah tawanan turut dijadikan tebusan. Sayyida Al hurra berjaya menakluk sebahagian besar barat lautan Mediterranean manakala Barbarossa di timur.
Pada 1541, ia telah menerima pinangan dari Raja Morocco yang bernama Ahmed Al Wattasi. Beliau memerintah selama hampir 30 tahun dan digulingkan oleh menantu sendiri pada 1542, harta dan kuasanya dirampas, malah ia dibuang ke Chefchaouen dan meninggal disana pada 14 Julai 1561.
Redaksi : Armen johar