detik12.com- Kisah Aladdin yang kebanyakannya semua orang tahu, cerita yang terkenal dipetik dari hikayat 1001 satu malam. Cerita Aladdin mengisahkan seorang pemuda miskin yang jatuh cinta pada seorang puteri jelita, tapi dari mana datangnya kisah Aladdin?
Kisah ini bermula apabila seorang lelaki Perancis yang bernama Antoine Galland yang merupakan seorang penulis yang ketika itu sedang mengalih cerita hikayat 1001 satu malam dalam bahasa Perancis.
Antoine dikatakan mendengar cerita dari seorang lelaki Syria yang bernama Hanna Diyab. Dari situlah munculnya latar belakang cerita Aladdin yang mengatakan cerita ini berasal dari China.
Himpunan hikayat 1001 satu malam sebenarnya merupakan himpunan cerita yang di himpunkan dari pelbagai negara dalam satu buku dan tidak semestinya dari negara Arab itu sendiri
Berbalik pada cerita Aladdin tadi, cerita yang disampaikan oleh Hanna Diyab pada Antoine tidak dapat dipastikan kalau dia mereka cerita atau berdasarkan pengalamannya sendiri. Terjemahan Antoine mengatakan Aladdin ini berlatar belakang negara paling jauh tapi mengamalkan budaya Islam.
Peneliti mengetahui negara yang jauh ketika itu tidak lain tidak bukan, iaitu negara China. Tapi China ni ada ke orang Islam? Ya, Islam telah sampai ke sana berkurun lamanya melalui perdagangan di Laluan Sutera.
Malah terdapat juga beberapa lukisan yang menggambarkan kisah Aladdin ini dengan lukisan masyarakat China, satu etnik yang mengamalkan budaya Islam.
Mengikut cerita asal, Aladdin ni bukan lah seorang yang tiada ibu bapa tapi sebaliknya mempunyai ibu tetapi kematian bapa, bapanya merupakan seorang tukang jahit, malah Aladdin sebenarnya mempunyai 2 jin. Satu dari teko dan satu lagi dari cincin, ibunya merupakan orang yang pertama mengosok teko tersebut untuk mengeluarkan jin.
Jadi macam mana dalam cerita Disney boleh berlatar belakang negara arab? Alkisah bila syarikat Disney mahu membuat set filem yang berlatar belakang negara Iraq, lebih tepat lagi Baghdad pada 1992, tetapi ketika itu Amerika baru habis perang teluk, jadi pihak Disney telah menukar Baghdad menjadi Agrabah.
Ada ura-ura yang mengatakan pihak Amerika sebenarnya menukarkan Baghdad supaya ketegangan kawasan tersebut menjadi reda dan digambarkan sebagai tempat yang sesuai untuk diduduki.
Redaksi : Armen johar