Editor’s Pick

Tahukah Anda hubungan Laut Mati dengan Luth..?

×

Tahukah Anda hubungan Laut Mati dengan Luth..?

Share this article

detik12.com- Sering kali kita dengar perkataan Laut Mati, tapi kenapa mati? Mari kita rungkai apa yang membuatkan laut ini dipanggil Mati.

Laut Mati atau Dead Sea diberikan nama sedemikian kerana kepekatan airnya yang sangat masin dan haiwan tidak dapat hidup. cerita laut mati ini penuh dengan garam. Laut Mati sebenarnya seperti Danau kerana bersifat tertutup, tetapi dengan keluasannya yang agak luas, maka dianggap seperti lautan.

Laut Mati juga merupakan tempat yang paling rendah didunia iaitu 430 meter dibawah aras laut. Kedalaman laut mati 304 meter menjadikan laut mati sebagai tempat bergaram paling dalam didunia dan garis pantai nya yang sejauh 135km memukau pengunjung yang datang untuk mandi.

Laut Mati yang bersempadan dengan Jordan, Israel dan juga Palestin ini mengamit manusia yang datang kerana sifat semula jadi air garam yang mampu membuat manusia terapung dan tidak tenggelam. Sebab itu lah manusia mudah lemas di dalam air tawar berbanding air laut.

Laut mati ini juga mempunyai kisah dan sejarahnya yang tersendiri. Sekitar laut mati ini juga dahulunya didiami oleh kaum umat nabi Luth.

Umat Nabi Luth yang terkenal dengan perlakuan Homoseksual iaitu minat sesama jenis. Maksudnya lelaki dengan lelaki. Maksudnya? (GAY).

Golongan LGBT sudah mula berkembang ribuan tahun, tapi kisah umat Nabi Luth ini merupakan kisah terbaik dengan pengajaran yang ada.

Kisah umat Nabi Luth ada disebutkan didalam Alquran dan juga Bible. Sodom and Gomorah. Allah SWT telah mengutus 2 malaikat untuk menyamar sebagai lelaki yang paras rupanya sangat tampan, Kaumnya telah mendapat khabar dan mereka datang untuk mengarahkan Nabi Luth menyerahkan tetamunya tetapi Nabi Luth enggan berbuat demikian.

Lalu Nabi Luth pun berdoa kepada Allah SWT untuk menurunkam azab yang pedih pada kaumnya yang ingkar dan buat perbuatan keji. Malaikat itu tadi mengarahkan Nabi Luth dan pengikutnya keluar dari kota tersebut dan meninggalkan isteri nya bersama sama orang tidak beriman.

Hancurnya kaum Luth kerana kawasan tersebut diterbalikkan oleh Allah SWT dan dihujani dengan tanah keras dan terbakar. Kajian mendapati ada batu batu yang dijumpai disekitar laut mati, mempunyai campuran belerang, kita tahu belerang memang senang terbakar. Malah kawasan itu juga didapati telah mengalami gempa bumi yang sangat hebat.

Ada juga kajian mendapati sebuah komet telah meletup dikawasan tersebut kira kira 3700 tahun dahulu dan menyebabkan hampir 60,000 orang mati. Saintis yang membuat kajian berkata mereka menjumpai kesan tembikar yang menjadi kaca kerana kepanasan yang melampau.

Kepanasan yang melampau telah menyebabkan manusia mati serta merta ketika itu, memang azab lah kalau manusia terus menjadi debu.

Komet tersebut telah meletup diudara dan menghasilkan impak yang sangat hebat dan mampu membinasakan mana mana kehidupan ketika itu dan batuan komet tersebut menghujani sekitar pesisir Laut Mati.

Sudah ada kajian yang menunjukkan terdapat kota dipesisir Laut Mati, jika kita ke kawasan tersebut, kita boleh lihat kesan peninggalan kota yang menjadi abu, kelihatan seperti rumah yang menjadi debu.

Redaksi : Armen Johar

Kepada Seluruh Masyarakat, Jika memiliki informasi, dan menemukan kejadian/peristiwa penting, atau pelanggaran hukum, baik oleh warga atau pejabat pemerintah/lembaga/penegak hukum, silahkan mengirimkan informasi ke

Redaksi kami. Merupa narasi/tulisan, rekaman video/suara

ke No telepon/WA: 087839121212