detik12.com- internasional, – 2 Disember 1984, satu tarikh yang akan diingat bagi kebanyakkan mangsa gas beracun di Bhopal, India. Disifatkan sebagai tragedi industri yang paling buruk pernah terjadi dalam sejarah.

Kejadian ini bermula apabila gas beracun yang dikenali sebagai Methyl isocyanate telah bocor dari sebuah perusahaan yang bernama Union Carbide. Perusahaan Union Carbide ini merupakan perusahaan milik Amerika yang pertama di India. Dibina pada tahun 1980 yang memproses racun serangga perusak.
Sebuah tangki besar meledak dan menyebabkan gas tersebut mulai mengalir keluar dan menyelimuti bandar dan kampung berdekatan.
Ekoran dari kebocoran yang mengejutkan india dan dunia ketika itu, penduduk setempat mula merasakan sesuatu yang aneh berlaku, mengalami muntah,pening dan sesak nafas malah ada yang berlari di jalan raya.

Dianggarkan 30 tan gas Methyl isocyanate telah dibebaskan dan menyebabkan 600,000 orang dan pekerja perusahaan tersebut telah mencium gas berbahaya ini. Ada penduduk yang mati dalam tidur dan ada juga yang mati bergelimpangan di atas jalan raya. Dikatakan stasiun keretapi berdekatan dengan tempat kejadian, bila keretapi berhenti penumpang disitu rasa aneh bila melihat ramai yang mati.
Kerajaan India ketika itu memperkirakan seramai 15,000 orang mati dan seramai 3000 orang mati dalam sekelip mata sewaktu letupan berlaku. Kesemua yang mati disebabkan oleh kegagagalan sistem pernafasan dan organ dalaman.
Sehingga hari ini kesan dari gas beracun tersbut masih lagi bisa dilihat dengan bukti yang nyata. Ada yang cacat semasa lahir dan mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan.
Redaksi : Armen johar